Selamat Datang Ke Semenanjung!

Adakah anda seorang Kristian dari Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) yang berpindah ke Semenanjung Malaysia?

Adakah anda mempunyai sahabat-sahabat / ahli keluarga / anggota-anggota jemaat yang berpindah dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung Malaysia?

Sekiranya ada, kami ingin tahu supaya kami dapat menghubungi mereka dan membantu mereka mencari gereja dan komuniti di mana sahaja mereka akan menetap. Ramai orang berpindah setiap tahun dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung Malaysia tetapi tidak dapat berjumpa dengan orang Kristian lain, tidak tahu di mana gereja dan tidak merasa selesa. Kami ingin membantu anda dalam hal ini.

Jika anda datang ke Kuala Lumpur maka St.Mary's Cathedral sangat mengalu-alukan anda. Kami mempunyai dua Kebaktian di dalam Bahasa Malaysia pada hari Ahad iaitu Kebaktian 1 jam 8.30 pagi dan Kebaktian 2, jam 11.00 pagi. Kami juga ada kebaktian di dalam Bahasa Iban iaitu jam 8 pagi. Selain itu kami juga ada Kebaktian Iban pada pukul 10.30 pagi yang  di ACA, iaitu Pusat Jangkauan kami. Sekiranya anda berpindah ke tempat-tempat yang berlainan di Semenanjung Malaysia, kami juga boleh membantu menghubungkan anda dengan gereja-gereja di tempat mana anda akan menetap.

Cara terbaik untuk berhubung dengan kami adalah untuk mengisi borang ini dan kami akan menghubungi anda. Anda boleh mengisi borang untuk diri sendiri. Sekiranya anda seorang pastor dan ada jemaat anda berpindah , anda bolehlah mengisi borang tersebut dan beritahukan kepada kami. Jika anda adalah seorang rakan atau ahli keluarga, anda juga boleh mengisi borang ini dan menghantarkannya bagi pihak mereka.